LOGO SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH SERI ISKANDAR



Logo SRAHSI

MAKSUD : 


BUKU
Melambangkan ilmu yang sedia dipelajari berlandaskan Islam selaras dengan  Falsafah Pendidikan yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai ikutan.
Warna putih menggambarkan kesucian dan kemurnian ilmu Islam yang akan dicernakan kepada benih-benih Islam.

RANGKAIAN PADI
Adalah merupakan natijah kesuburan ilmu Islam yang akan melahirkan insan-insan yang muttaqin juga benih-benih insan yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia yang mampu membentuk kehidupan dan juga umat seluruhnya.

BULAN SABIT  
( warna Kuning )
Melambangkan Islam itu sendiri yang cahayanya menjadi penyuluh dan petunjuk seluruh umat dan alam.

BULATAN
( warna Hijau )
Menjadikan kehidupan umat Islam dipelusuk dunia dalam suasana aman, bahagia dan harmoni hasil dari insan rabbani dalam daulah Islamiyyah.

TULISAN KHAT
( Bahasa Arab )
Adalah menjadi matlamat SRAH untuk melahirkan insan-insan yang mampu menguasai Bahasa Arab yang juga bahasa Al-Quran yang menjadi syiar umat Islam.
Tulisan khat bermakna SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH
Tulisan khat merupakan logo dan arah matlamat yang ingin dibawa oleh SRAH. Untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan bersifat ihsan yang mana ini adalah asas-asas ciri kehidupan muslim dalam konteks membentuk insan rabbani.

TAHUN 2006
Menjadi tahun peringatan yang menjadi sejarah SRAH Seri Iskandar dimana ia ditubuhkan pada tahun 2006

KHAT RUMI
( SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH SERI ISKANDAR )
Merupakan pengenalan kepada sekolah yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dalam era mempraktikkan Bahasa Malaysia baku.




0 comments: